Antara kuda putih bertanduk satu dimana satu masa dahulu kau
pernah minta dari Tuhan pada umur 17 dengan mesin masa untuk kau pulang semula ke umur
17 kau, mana kau akan pilih?
Menunggang kuda putih dan terus terbang di atas permaidani pelangi
sambil melihat indah syurga.
Atau.
Pulang ke umur 17 dimana kau tidak pernah percaya wujudnya “unicorn”
dan terus menaiki kereta kesayangan ke tempat belajar.
Untuk sukarkan lagi pilihan, begini.
Jika pilih kuda putih idaman umur 17, kau dapat tinjau adakah
orang syurga mohon arak disana.
Jika pilih mesin masa pulang ke tahun 17, kau tak akan tahu
tentang kuda putih dan kemalangan tidak akan berlaku kerana kau makin
berhati-hati dan mungkin kereta kesayangan kau ini makin diubah suai menjadi
lebih trendy.
. . . . . . . . . .
Bukan aku mengampu, aku janji bawa kau meninjau syurga jika
kau sanggup menunggang aku.
Antara kuda putih bertanduk satu dengan mesin masa ke umur
17.
Maka kau pilih?
Kuda bertanduk putih.
ReplyDeleteKuda putih bertanduk satu susah nak dapat sebab banyak yang dah jadi kuda hitam. Kalau ada pun, tak pasti dia betul betul putih atau tidak.
ReplyDelete